Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Rahsia Untuk Gembira Dalam Kehidupan Seharian

Rahsia Untuk Gembira Dalam Kehidupan Seharian

1 Usah Menunggu Kebahagiaan

Pasti ramai antara kita gembira apabila suatu perkara yang menyeronokkan berlaku dalam hidup. Ada kehidupan yang selesa, duit yang cukup, disayangi ramai orang. Tetapi pasti hal ini tidak berpanjangan selama-lamanya. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:155-156):



“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Jadi, usah tunggu kebahagiaan untuk muncul dalam kehidupan anda. Hargai apa yang ada di hadapan anda sekarang.

2 Kebahagian Tidak Terletak Pada Orang Atau Keadaan

Ramai yang mudah kecewa apabila seseorang yang disayangi tidak ada lagi dalam hidup mereka. Sahabat baik, pasangan, atau kekasih. Namun percaya atau tidak, bahawa kebahagiaan adalah pilihan yang ada di tangan anda sendiri.

Kebahagiaan tidak terletak pada orang. Jika anda mampu membebaskan diri daripada pemikiran sebegini, maka anda sudah bebas dari terlalu berharap kepada manusia.

3 Hidup Pada Masa Sekarang

Masa lalu adalah kenangan, masa sekarang adalah kenyataan dan masa depan adalah harapan. Dalam ketiga-tiga tempoh ini, yang benar-benar pasti dan terasa nyata hanyalah waktu sekarang. Maka hargai sepenuhnya apa yang sedang anda lalui sekarang kerana ianya tidak akan berulang.

4 Hargai Perkara-Perkara Kecil Dalam Kehidupan Anda

Adakah jalan yang anda lalui ke tempat kerja atau ke kelas hari ini masih sama? Adakah kesesakan lalu lintas yang dilalui lebih panjang dari semalam? Tarik nafas dan cuba nikmati setiap apa yang ada di sekeliling. Kadang-kadang ada suatu yang mampu kita syukuri dalam hal-hal yang terasa seakan rutin.

5 Usah Terlalu Risau

Ada masalah yang tidak mampu selesai sekelip mata, ada juga yang mampu kita cari jalan keluarnya. Bahkan setelah selesai satu masalah, pasti akan ada cabaran yang seterusnya. Rehatkan minda anda daripada terlalu banyak memikirkan masalah yang ada. Dari situ, anda dapat memberikan ruang kepada perkara-perkara menggembirakan untuk mengambil tempat dalam diri anda.

6 Rancang Kegembiraan Anda

Memang kegembiraan atau kebahagiaan adalah suatu yang subjektif, tetapi kita mampu mengusahakan sesuatu bukan? Kegembiraan juga mampu hadir melalui pengalaman. Anda boleh merancang sesuatu untuk dilakukan bersama kawan-kawan dan keluarga seperti makan bersama, beriadah, dan berkelah.

Post a Comment for "6 Rahsia Untuk Gembira Dalam Kehidupan Seharian"